Awesome peeps
Le Awesomenes(s) | Follow ? | Going Home?.






Aku,Dia Dan Kamu Sebagai Sahabat?
Monday, 25 June 2012 | 0 comment(s)

Assalamualaikum sahabat :)
hm hm hm , Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi aku , sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati aku .
Tanpa mereka,siapa jugalah aku kan? berikut aku  senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat :) hihi

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat: :
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi? kan kan ? hahaha #copy :)

hah hah nak lihat wajah-wajah sahabat saya tak ? nak kan kan ? k k k k



                                      
                                            
 

                               
                                             
                                                        
                                                        

hah hah ? lawa lawa berlaka right ? ni lha kawan-2 aku satu group :) hihi , tanpa diorang , siapa lha aku ? hahaha . hope dapat bersama dengan diorang sampai bila bila :) Amin :) Alhamdulillah , sampai sini jea lha aku nak cerita nyaa , *ewah , hahaha . bye Assalamualaikum :) -zana roslan :3







Older Post . Newer Post